Skuad Banjir Pemuda PAS DUN Kemasik bersama Ketua PAS Cawangan Gong Cengal, Haji Salleh Mohd Amin sedang mencuci salah sebuah rumah yang ditenggelami banjir.
Skuad Banjir dengan jersi merah sedang membersihkan sebuah rumah di Kampung Baru, Kemasik.
Pengarah Unit Amal DUN Kemasik, Mohd Fadhli Abdul Razak bersama Skuad Banjir sedang mencuci lantai salah sebuah rumah yang dinaiki air.
Kampung Baru, Kemasik, 20hb. Disember - Misim tengkujuh di Pantai Timur datang lagi. Mukim Kemasik antara yang awal dinaiki air selepas hujan turun tanpa henti selama 2 hari lepas.
Akibatnya beberapa buah kampung di Mukim Kemasik seperti Kampung Baru, Kampung Lubuk Kawah dan Kampung Chabang di Mukim Kerteh mula ditenggelami air secara perlahan - lahan.
Bagi membantu masyarakat yang di timpa bencana, Skuad Banjir Pemuda PAS DUN Kemasik mula beroperasi pada petang semalam.
Anggota Skuad Banjir kebanyakkannya terdiri dari ahli Unit Amal dan para pemuda yang bekerja secara sukarela.
Ketua Pengarah Skuad Banjir Pemuda PAS DUN Kemasik, Wan Mohd Faisal Wan Abdullah memberitahu, 'seramai 15 anggota Skuad Banjir telah turun untuk bergotong royong membersihkan beberapa rumah yang telah dinaiki air di Kampung Baru, Kemasik', ujarnya.
Skuad Banjir berharap dapat menambah kekuatan anggotanya dan menyeru para pemuda yang ingin menyertai skuad ini atau para dermawan yang ingin memberi sebarang bentuk sumbangan boleh menghubunginya di talian 019 9819139 - Wan Mohd Faisal Wan Abdullah.
'Beramal Kerana Allah'.
0 Comments:
Post a Comment