Wednesday, December 29, 2010

Pengarah PAS DUN Kemasik Agih Assyura Di Mesra Mall Kerteh


Kerteh, 26hb. Disember - Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) telah menganjurkan program 'Jom Kucar Sura DPPKK 2010' bertempat di Surau Batu 2, Jalan Air Putih, Kemaman sempena dengan cuti umum pada 25hb. Disember lepas.

Program tahunan DPPKK dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Surau Batu 2, Jalan Air Putih dan semua Pemuda DUN - DUN iaitu Pemuda DUN Kemasik, DUN Kijal, DUN Chukai dan DUN Air Putih telah menyiapkan empat kawah bubur assyura menjelang tengahari.

(Gambar, atas - Pengarah PAS DUN Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid (kiri) bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS DUN Kemasik, Mohd Tishaah Hamzah (kanan) sedang mengagihkan bubur assyura kepada salah seorang pengunjung di Mesra Mall Kerteh).

Sebanyak 700 bungkus bubur assyura telah diagihkan kepada penduduk sekitar Surau Batu 2 dan para pengunjung di Mesra Mall Kerteh.

Pengarah PAS DUN Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid telah turun ke Mesra Mall Kerteh bersama Ahli Jawatankuasa DPPKK bagi mengagihkan bubur assyura kepada para pengunjung.

Pengarah Program 'Jom Kucar Sura DPPKK 2010', Wan Mohd Faisal Wan Abdullah berkata, 'seramai 40 orang pemuda dari DUN Kemasik, Kijal, Chukai dan Air Putih serta ahli jawatankuasa Surau Batu 2 telah bergotong royong menyiapkan 4 buah kawah menjelang tengahari', katanya.

Turut bersama Ustaz Alias Abdul Hamid yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kemaman di Mesra Mall Kerteh ialah Naib Ketua DPPKK, Suffian Ismail dan AJK - AJK DPPKK antaranya Wan Mohd Faisal, Saiful Azmi Suhaili, Ustaz Abu Aiman Azman, Haji Abu Muaz Jusoh, Ustaz Syed Shahrunuddin, Halfian Ahmad, Azman Mohd dan Mohd Tishaah Hamzah.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online