Wednesday, December 29, 2010

Pengarah PAS DUN Kemasik Di Program 'PAS Bersama Mu, Masih Ada Yang Sayang'' Di Kampung Chabang


Kampung Baru Chabang, Kerteh, 30hb. Disember - Kesusahan dan keperitan hidup yang dialami oleh Puan Siti Bidah Binti Mamat, 73 tahun, mendapat perhatian dari PAS DUN Kemasik.

(Gambar, kiri - Pengarah PAS DUN Kemasik, Ustaz Alias sedang menyerahkan sumbangan 'PAS Bersama Mu, Masih Ada Yang Sayang' kepada Puan Siti Bidah di rumahnya di Kampung Baru Chabang, Kerteh)

Pengarah PAS DUN Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid telah mengadakan kunjungan segera ke rumahnya bersama Timbalan Pengarah PAS DUN Kemasik, Amri Mamat dan Setiausaha PAS DUN Kemasik, Roslan Endut.

Ustaz Alias yang juga merupakan Timbalan Yang DiPertua PAS Kemaman telah menyerahkan sumbangan kebajikan untuk membaiki kerosakan rumah sebanyak RM1,000.00 kepada Puan Siti Bidah.

Menurut Setiausaha PAS DUN Kemasik, Roslan Endut, terdapat banyak kerosakan pada rumah beliau seperti bahagian dapur telah runtuh, peralatan dapur rosak bersama runtuhan dapur, kerosakan pada bilik air, kebocoran atap dan serangan makhluk perosak anai - anai pada sebahagian besar rumah tersebut.

Orang ramai dan para dermawan yang berhasrat untuk membantu Puan Siti Bidah boleh menghubungi Setiausaha PAS DUN Kemasik (013 9215593 - Roslan Endut).

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online