Sunday, December 19, 2010

Projek Itik, Angsa, Anggur, Rambutan & Orkid...Inilah Merakyatkan Pembangunan Rupanya


Semayor, 16hb. Disember - Rakyat Terengganu perlu sedar kepincangan pengurusan kewangan kerajaan UMNO/BN Terengganu sepertimana terdapat dalam Laporan Audit Negeri dan menggantikan kerajaan ini kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU Ke-13 nanti.

Rakyat mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan hidup dan jika terus memilih kerajaan yang boros dan penuh pembaziran, akibatnya akan dirasai dan ditanggung oleh rakyat sendiri.

YB Dr Haji Alias Abdul Razak, ADUN Seberang Takir berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Kampung Semayor, Kemasik disini semalam.

Terdapat banyak kebobrokan, penyelewengan, ketirisan dan pengagihan wang rakyat di kalangan pemimpin UMNO/BN sendiri sedangkan dalam masa yang sama rakyat didodoikan dengan pelbagai slogan dan motto seperti 'Merakyatkan Pembangunan' dan sebagainya.

Beliau yang juga Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Nerus menyatakan dalam jawapan bertulis sempena Sidang DUN Terengganu yang berakhir minggu lepas, terdapat banyak kecurigaan dan teka- teki berkenaan bagaimana wang rakyat Terengganu dibelanjakan dan dari mana punca pendapatan kerajaan negeri antaranya :-

1. Projek Pembangunan Tasik Kenyir yang melibatkan pembinaan Taman Burung dimana seekor itik berharga RM750 dan seekor angsa berharga RM5,600 dengan peruntukkan sebanyak RM6 Juta.

2. Projek Pembangunan Tasik Kenyir melibatkan pembinaan Taman Anggur, Taman Rambutan & Taman Orkid, adakah rakyat Terengganu memerlukan semua ini dan siapa yang mendapat manafaatnya.

3. Budget Negeri RM1.80 Billion (RM1,800,000,000.00) dan setiap bulan Ogos budjet tambahan RM200 Juta - RM300 Juta akan diminta. Perbelanjaan ini hampir menyamai perbelanjaan Kerajaan Selangor dan jauh melebihi perbelanjaan Kerajaan Kelantan yang penduduknya lebih ramai dari Terengganu).

4. Laporan Audit Negeri mengatakan hutang kerajaan negeri RM1.01 Billion (RM1,010,000,000.00) dan jika dijual semua aset kerajaan masih gagal melangsaikan hutang tersebut.

5. Simpanan Tetap (fix deposit) kerajaan negeri dikeluarkan untuk menampung perbelanjaan kerajaan.

6. Peruntukkan perbelanjaan kepada golongan miskin tidak berkurangan walaupun kerajaan mengumumkan kejayaan mengurangkan jumlah orang miskin, kemana duit tersebut di'lebur'kan.

7. Pembangunan Taman Tamadun Islam (TTI) sebanyak RM296 Juta (RM296,000,000.00) menggunakan Wang Ehsan. Setiap tahun sebanyak RM9 Juta (RM9,000,000.00) dibelanjakan untuk kerja maintenance di TTI. Setakat ini tiada laporan berapa pendapatan yang diperolehi kerajaan hasil pelaburan di TTI.

8. Pembangunan Pulau Bebas Cukai di Tasik Kenyir akan menelan banyak wang rakyat dimana RM40 Juta (RM40,000,000.00) telah diluluskan dan apa kepentingan rakyat di situ atau sekadar menjadi 'security' sahaja. Barang yang di impot adalah yang berjenama dan mampukah rakyat bertukar selera membeli belah dari Pasaraya Mydin ke tasik Kenyir?.

9. Zoo Bukit Takal di Kemaman sebanyak RM20 Juta (RM20,000,000.00) budjet tambahan 2011 diluluskan. Berapa hasil pendapatan setakat ini kerana tiada laporan dalam pendapatan negeri dinyatakan.

10. Pembesaran Lapangan Terbang dimana RM660 Juta (RM660,000,000.00) dari Wang Ehsan digunakan sedangkan ianya milik kerajaan pusat dan hasil pendapatan masuk ke kerajaan pusat. Inilah satu - satunya projek kerajaan pusat tapi menggunakan duit kerajaan negeri akibat 'kurang cerdik'nya pemimpin UMNO/BN Terengganu.

11. Pembayaran jutaan ringgit kepada MAS sebagai terima kasih kerajaan negeri kerana mengadakan penerbangan terus Kuala Terengganu - Jeddah semasa musim haji sahaja.

12. Insentif sebanyak RM400,000.00 akan diberikan kepada syarikat penerbangan Firefly untuk mengadakan penerbangan terus Kuala Terenganu - Singapura.

13. Bayaran kepada Syarikat IT Top Industries membeli e-book sebanyak RM100 Juta (RM100,000,000.00) sedangkan tiada perjanjian (agreement) diantara kerajaan negeri dengan syarikat ini ditandatangani.

Melihat kepada angka perbelanjaan kerajaan UMNO/BN yang mencanak - canak sedangkan pendapatan kerajaan hanya meliputi 10% sahaja dari perbelanjaan tersebut dan selebihnya 90% mengemis kepada kerajaan pusat, rakyat Terengganu diminta menghentikan pembaziran dan ketirisan wang rakyat ini untuk kesejanteraan anak dan cucu kita di masa akan datang dengan mengubah kerajaan kepada Pakatan Rakyat (PR).

'Jom Berubah, Masa Untuk Berubah, Anda Mampu Mengubahnya'.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online